Heartless-er

Saturday 20 June 2015

Sunyi


Assalamualaikum. Fuhhh! Fuhhh! *tiup habuk*

Lama tidak menulis tak bermakna tangan mula kaku. Lama menyepi mungkin ada shaitan di jejak realiti. Menghalang meluahkan di dinding dinding maya. Coretan nista untuk pengkhianat bangsa. Dan aku mungkin menyepi kerana si cilaka cilaka di luar sana yang menghalang. Mungkin.

Aku belajar dari manusia sekeliling untuk bikin pedoman yang entah bila mampu tunjuk jalan. Tapi aku tetap belajar. Asalkan belajar. Dan yang paling tertusuk saat ni ialah soal sunyi. Sunyi kerana keseorangan. Sunyi kerana keegoan. Sunyi kerana itu pintamu. Apa saja menjadi asbab tetap saja masalahnya SUNYI. Kesunyian.

Aku malas mahu sentuh sunyi tidak bertuhan. Bukan masalah engkau untuk tahu bahagian itu. Ini sunyi berpunca dari makhluk berjasad. Yang sekali pandang digelar manusia. Tetapi kurang akalnya. Iya, manusia. 

Tapi dalam soal ni bukan salah orang lain. Tuding diri sendiri. Mohon tuding diri sendiri.Yang bikin onar diri sendiri. Jadi cukuplah beberapa waktu yang ada sebelum ini engkau tuding pada orang lain. Sudah. Siapa yang minta dalam tersirat untuk mahu bersendirian? Siapa yang sering menghindar bila di ajak bersua? Siapa yang mulakan komplot membenci sahabat?

Janganlah jadi bodoh bila dah tahu salahnya pada diri sendiri. Yang patut engkau tikam hanyalah diri sendiri. Tak perlu untuk berimaginasi menikam si polan si polan yang tidak bersalah. Tak jelakkah bila membenci orang terus menerus. Buta sudahkah hati itu bila menanam dendam dalam sudut kalbu. 

Terlukanya nanti sendirian, sayang. Sendirian saja. Tiada peneman. Jahanamnya fikiran dan jiwa engkau itu merosakkan diri sendiri. Tidak bertempias pada yang engkau benci. Sedikit pun tidak. Tanpa sedar rabakkan jiwa sendiri. Rabakkan sehingga cebisan hati itu langsung tidak engkau kenal. Biarkan begitu. Biar tercarik halus bagai di cincang halus. Biar. Kemudian merana. Merana engkau seorang.

Biar mampus pun seorang. Oh lupa, kalau mati mana pernah berdua. Kuburannya kan asing? Heh.

Desa Palma Apt.
2120
20062015
Mr. A

Monday 9 March 2015

Kakakakakawan



Assalamualaikum.

[Read at your own risk, R-rated language, backstabbing bitches, and non-edit post]

Dari zaman aku foundation sampai zaman dekat degree UiTM (Time tu aku tak buat perangai drop out college lagi). Aku ingat drama budak perempuan untuk aku jumpa sangatlah tipis sehinggalah aku jejakkan kaki ke universiti swasta yang ghupenya naharam sama je. Kalau dah namanya perempuan ada je modal nak mengutuk kawan sendiri.

Bagi aku benda paling sedih bila engko tak buat apa apa pun kena kutuk. Benda paling mudah;

"You tahu tak I menyampah gila dengan Mona (bukan nama sebenar). Tak adalah you cuba bayangkan time first time we all duduk dalam kelas dia tak tegur I langsung. What the fuck?"

No. YOU what the fuck. Aku tak tegur pun engko nak buat issue. Poor you girl. Your life's not good enough sampai sibuk hidup orang. Dan seperti biasa, keesokan harinya boleh buat muka beku seolah olah tak ada apa yang berlaku. Nice play.

Again, aku bagi peluang untuk engko kenal dengan kawan aku dimana aku sendiri jadi friendless sebab mulut engko;

"I tak suka la dia sentuh sentuh I. I syak dia tu homo."

Hahahahaha. Ayat ni berjaya jauhkan kawan. Told ya, nice play. Aku bukan pegang puki engko la sial yang engko nak gabra bagai. It's a friendly gestures and you make it sounds disgusting. Setahu aku budak lelaki je bergurau pegang konek member. Kakakaka.

Banyak benda bila engkau kena handle bila ada kawan yang macam ni. Ada je dia nak buat issue.

Lemme give you a quick advise;

"Live a life, bitch. Kalau engko tadak life pergi buat anak sana."

Penat aku nak menghadap. Bila aku nak give up dengan semua ni. Jauhkan diri dari Jeemaah (bukan nama sebenar, lol), ada orang nasihatkan, don't give up. Don't walk away. Never. Remember, good things happen for those who waiting.

And I'm waiting for Jeemaah to realize nothing to be worry about. We have to be selfish sometimes for the sake of our happiness.

Cukup sampai di sini. See you on the other side. Salam.
 

Wednesday 3 December 2014

Sakit



Panik dah mula cari tempat dalam kepala. Dalam jiwa jangan cerita, aku syak sudah mula meliputi seluruhnya. Dunia sekeliling jadi kecil. Kecil yang bikin aku sesak dan tak mampu mencari rasional. Entah hilang entahkan terbang.


Cari tuhan. Cari tuhan. Cari tuhan.
Hidayah tu ada mana mana. Terdengar azan tu kira hidayah. Tengok roommate engkau solat, itu pun hidayah. Mahu atau tidak? Pilihan di tangan sendiri.

Sakit berperang dengan diri sendiri ni lagi teruk dari berperang fizikal. Dia bunuh jiwa aku. Dia carik carik otak aku. Sampai buntu. Belum lagi tiap kali rasa sakit di hati hari hari. 

Mati.
Mati.
Mati.


INTI IU
0610
04122014
Mr. A

Thursday 6 November 2014

Diam


Cerita yang sama. Fasa berbeza. Andai dulu engkau naif sehingga tidak mahu mencuba. Sekarang juga menginjak usia dewasa masih ditakuk lama. Takut untuk capai apa yang diidamkan. Heh. Seperti biasa. Jadi bodoh. Jadi tunggul. Tunggu sahaja dan hadam apa yang orang kata.

Bangkitlah dari jadi mayat. Jangan jadi anjing ikut tuan sepertimana yang engkau lakukan sekarang. Iya, sukar mahu pandang cermin, begitu? Tapi..

Bagaimana aku sudah hulur cermin tapi masih buta lihat siapa engkau? Salah akukah sudah tunjuk jalan tapi engkau yang mahu tinggal di jalan lama? 

Kalau begitu, selamat tinggal. Kerna aku sudah penat.

INTIIU
0518
20141107
Mr. A

Tuesday 4 November 2014

Salahkah?



Kadang aku tak faham apa yang aku benci. Kenapa aku benci. Kenapa penuh hasad. Dalam kepala tak sudah khabarkan, 
"Ahh, bukan salah engkau. Dia yang macam sial."
Tapi masing masing sendiri tahu, yang salah aku. Yang mula benci itu aku. Bukan dia. Bukan siapa siapa. Salah diakah nasib begitu baik sentiasa ada kawan yang memahami. Dan salah diakah bila aku yang menjauh? (ketawa pedih)

Tapi dalam rajuk hati, aku masih terus salahkan dia. MInta bala jatuh tak sudah biar dia kena. 
"Biar padan muka. Siapa suruh tinggalkan aku. Bodoh."
Semula, jauh jauh jauh jauh jauh sudut jiwa ada yang bertanya, 
"Siapa yang bodoh sebenarnya? Engkau atau dia?"
Yang berjalan laju tinggalkan orang, aku. Bukan dia. Yang cepat cepat undur diri konon mahu lihat dia bahagia, aku juga. Bukan dia. Ahhh, persetankan semua! Yang salah engkau! Sampai mati pun engkau! Sial!

Aku tak pernah dapat hadam, bahagia itu punca dari mana. Kata mereka,
"Bahagia ini bila engkau pilih mahu bahagia. Kadang derita yang engkau hadap pun buat engkau rasa dalam bahagia kalau itu yang engkau pilih cara untuk rasa bahagia."
Sebagai contoh mudah, bila engkau dengan mudah dibiarkan bermadu. Dan kononnya engkau reda, jadi biarkan saja. Jika sebagai isteri pertama, engkau rasa engkau boleh rasa bahagia hidup begitu, engkau akan ikut saja takdir engkau. Takdir yang engkau kena terima, diduakan, ditigakan, atau diempatkan? Heh. Yang aku panggil serah diri tak mahu berlawan dapatkan hak sebagai seorang isteri yang selamanya hanya engkau sahaja akan jadi isteri dia. Terpulanglah. Itu cara engkau bahagia, bukan?

Dan jika engkau rasa bahagia engkau bila mahu cerai dan cari lelaki yang akan hanya sayang engkau seorang, itulah bahagia engkau. Bukankah Tuhan maha pemurah memberi apa yang hambaNya minta? Heh.

Aku tak tahu dimana silapnya aku. Kerana bahagia tak pernah datang menjenguk. Dan aku tak tahu siapa yang patut rasa sakit ketika ini. Aku atau dia. Tapi ternyata dia yang bahagia. Aku yang sakit benci lihat dia bahagia. Satu sahaja aku harap, aku mahu engkau mereput seorang tanpa siapa siapa peduli. Aku mahu engkau rasa apa yang aku rasa. 

Sampai mati. Sampai kiamat. Biar dalam kubur juga engkau disiksa tiada siapa peduli. Itu bikin aku puas. Bikin nikmat darah yang aku minta. 

INTIIU
0418
20141105
Mr. A



 

Tuesday 28 October 2014

Apa Yang Kau Mahu



                                 Entah beberapa hari lepas, puas aku cerita pasal emak. Sebenarnya tak puas pun tetapi puas beri idea tentang mak-mak. Yang aku janji mahu beri entri bapak tu, aku gurau. (sebenarnya masih tiada mood mahu cari sebab tentang bapak).

                                  Tutup kisah mak tutup juga kisah bapak. Sekarang aku mahu persoalkan tentang kepuasan. Pernah capai kepuasan? Maksud aku kepuasan dalam hidup. Bukan sekadar kepuasan kencing lepas tahan satu jam. Itu kepuasan lain. Begitu juga kepuasan nafsu batin engkau yang entah capai puas entah tidak. Yang aku cuba nyatakan sekarang kepuasan dalam kepala. 

                                  Sama ada aku yang hilang punca atau memang betul tiada kepuasan dalam diri aku. Aku cuba juga cari tapi bak kata budak budak sekeliling aku, minta aku cari tuhan andai mahu cari apa yang aku mahu. Tapi masih tetap buntu aku mahu cari diri. Pergi matilah. 

                                   Sebagai pelajar undang - undang, ada yang khabarkan aku ada passion untuk kos yang aku ambil sekarang di university. Mereka yang kata. Tapi ada part dalam diri aku yang dah macam mati yang penuh serabut tak mahu teruskan apa yang aku mahu. Rasa macam segalanya serba tak kena. Rasa aku tak sepatutnya ambil semua benda ni. Rasa yang kata, diri sendiri bodoh pergi tempah maut dengan ambil kos yang bikin aku separuh mati. Ini bukan kisah budak sedang belajar mahu putus asa. dan bukan juga budak sedang belajar rasa tak sanggup ambil undang - undang. Bukan. Tidak sama sekali.

                                   Ada suatu benda yang mahu aku bangkit buat perkara lain. Aku tak tahu apa yang buat aku rasa begini tapi macam aku sudah salah jalan. Itu apa yang dalaman aku katakan. Tapi kepala aku kata, apa yang aku ambil tak pernah salah, cuma apa yang aku ambil tak bermakna aku akan buat apa yang aku ambil. Ya, tak faham kan. aherherher.

                                    Sebagai contoh, dalam bidang undang - undang orang akan target, 
'Ohh, law student. Nak jadi lawyer lah ni kan. Dah tahu nak jadi lawyer bahagian apa?'

                                      Ini lah maksud aku. Tak bermakna aku ambil law aku mahu jadi lawyer. Aku mahu buat perkara lain. Tapi aku tak tahu apa yang aku mahu buat. Itu makna yang cuba aku sampaikan. Orang sekeliling aku dah mula nampak aku bakal lawyer dalam kampung. Engkau faham tekanan dia di tahap apa? Tahap aku nak bunuh siapa yang bawa mulut aku bakal lawyer di kampung. Nanti karang sudah tamat belajar dan aku tidak mahu jadi lawyer, mahu jadi kes dibuang keluarga sebab mahu jadi penganggur terhormat tidak mahu bekerja jawatan yang selayaknya dengan kelulusan aku. 

                                     Tapi aku biarkan dulu. Mahu tengok apa yang aku mahu. Dalam kepala serabut. Dalam jiwa pun dah hampir aku rasa. Aku mahu biar dulu. 

INTIIU
2230
20141028
Mr. A
                              

Tuesday 21 October 2014

Engkau Mahu Jadi Emak Atau Mahu Jadi Bapak?


                                              Kalau aku, aku tak mahu jadi emak, takut terkena sumpahan 'mak-mak'. Pernah dengar ayat begini,

"namanya pun mak, biasalah. takkan engkau tak faham mak-mak ni perangainya macam mana."
                                              Di sini aku mahu highlight perkataan mak-mak,  bila orang mula sebut perangai 'mak-mak', masing masing dalam kepala mula terbayang:


  • Mak yang marah - marah
  • Mak yang membebel
  • Mak yang memekak
  • Mak yang terpekik
  • Mak yang buat kita macam orang gaji
  • Mak yang suka menangkan diri sendiri
  • Mak yang tak faham anak
  • Mak yang mahu anak hormat dia tanpa mahu hormat anak.
                                             Aku tak mahu tahu apa yang orang lain fikirkan, tetapi ini apa yang aku fikirkan. Bila sebut pasal emak, perangai tipikal mak akan muncul dalam kepala. Buatkan aku takut jadi mak. Buatkan aku tak mahu jadi mak. Kenapa mahu jadi mak kalau mahu jadi monster. Marah - marah bila nampak anak. Sentiasa mahu menang. Sentiasa rasa diri betul. Sekadar mahu jadi mak untuk marah anak, jangan beranak. 

                                            Ayat yang biasa aku dengar,

"marah mak ni kejap je, nanti dah sejuk okaylah tu. Macam engkau tak faham mak ni macam mana."

                                           Kita sahajakah perlu faham mak? Mak tak perlu faham kita, begitu? Sentiasa beralah begitu? Mentaliti yang perlu hormat mak ni memang aku takut. Bagaimana mahu hormat mak kalau bila salah sikit buat kerja dirumah, ayat yang keluar dari mulut mak,

"Engkau jangan baliklah kalau tak nak buat kerja dalam rumah ni. Buat sakitkan hati aku je. Engkau ingat aku orang gaji ke?"

                                        Anak, dia tak pernah rasa mak dia tu orang gaji. Anak, kadang dia sibuk sebab ada assignment dalam bilik. Anak, kadang dia tak ada masa untuk buat itu semua. Anak, kadang dia balik dia tetap sibuk dengan laptop dalam bilik. Mak mungkin fikir, balik tapi tetap sibuk. Kadang anak yang tak mampu meluahkan sayang, dia hanya mampu balik dan tatap wajah mak. Hanya mahu dekat dengan mak. Dan sambung buat kerja dalam bilik. Tapi mak tak faham, seolah - olah tak nak faham. Siap tak mahu anak balik katanya buat menyakitkan hati. 

                                        Dan aku, yang sedang menginjak usia ke arah dewasa, mula terfikir, adakah aku akan jadi tipikal mak-mak yang suka marah - marah? Betulkah makin anak membesar, semakin tercabar rasa sabar di hati? 

                                        Andai begitu, aku tak mahu jadi mak. Aku tak mahu satu hari nanti tingkah aku buat anak kecil hati, perangai aku buat anak rasa tak disayangi, mulut aku bikin anak rasa terpinggir. Aku tak mahu dia rasa apa yang aku rasa. Aku mahu dia bahagia dengan nasihat, bukan dengan makian. Aku mahu dia faham dunia ini sementara tapi sayang aku pada dia sampai ke syurga. Aku mahu dia kenal tuhan, tanpa perlu aku pukul dia.

                                        Manusia tipikal pasti mempersoalkan aku,

"Kalau engkau dah tahu begitu, jadi berusahalah apa yang engkau mahu. Bunuh mentaliti mak-mak. Keluarkan mentaliti positif untuk mak-mak."

                                        Kalian tak faham, yang aku takut andai aku berubah. Berubah bila anak membesar, berubah bila sabar aku tercabar. Berubah untuk sayang anak, tapi tiap kali aku berkata -kata hanya perkataan yang menyakitkan hati sahaja keluar. Memang orang kata, mak tu mulut saja marah, dalam hati dia sayang.

                                        Satu sahaja aku mahu cakap, pergi mati. Salahkah cakap elok - elok? Salahkah nasihat tanpa malukan anak? Salahkah bersabar sedikit? Salahkah? Aku mampu bersabar dengan ini semua sebab satu benda yang paling aku pasti, sebab dia mak. Sebab dia mak aku. 

                                       Tapi asal sahaja kalian tahu, terluka itu sentiasa ada. Darah dalam hati itu sentiasa ada bila perangai 'mak-mak' ini muncul. Aku rasa hari - hari perangai ini muncul tiap kali aku pulang ke rumah keluarga. 

                                        Dan aku rasa sudah cukup untuk aku rasa, aku tak mahu jadi mak. Aku tak mahu. ANDAI dipaksa, seorang sahaja sudah cukup. Aku mahu belajar bersabar dengan hanya seorang anak. Aku mahu dia faham, mak dia bukan tipikal 'mak-mak'. Mak dia sayang dia sampai dia mati. Sampai syurga sebenarnya. Mak dia Iron Lady. Mak dia hormat dia seperti mana layaknya dia terima. Mak dia, kawan baik dia yang dia boleh berbual apa sahaja. Dan mak dia akan buat anak orang lain rasa cemburu pada dia yang punya mak seperti aku.

Sekian.

P/S --> Entry bapak aku beri kemudian.

HomeHellHome
1330
20141022
Mr. A